Seksyen 3
Meterai perbadanan bagi Perbadanan
of Akta (Perbadanan) Good Shepherd Nuns 1973
Perbadanan itu hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baru sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan itu.
(2)
Tiada surat ikatan, suratan atau surat cara lain yang dimeteraikan dengan meterai Perbadanan itu boleh disifatkan telah dimeteraikan dengan sepatutnya melainkan jika—
(a)
meterai itu telah dicapkan di hadapan Sister Superior yang pada masa itu memegang jawatan, atau wakilnya yang diberi kuasa dengan sepatutnya melalui suatu surat kuasa wakil yang didaftarkan di bawah Akta Surat Kuasa
Wakil 1949 [Akta 424]; dan
(b)
surat ikatan, suratan atau surat cara lain itu telah ditandatangani oleh Sister Superior tersebut yang pada masa itu memegang jawatan atau wakilnya yang diberi kuasa sedemikian seperti yang disebut terdahulu.
(3)
Penandatanganan itu hendaklah menjadi dan dianggap sebagai keterangan yang cukup mengenai pemeteraian sepatutnya akan surat ikatan, suratan atau surat cara yang lain itu.