Seksyen 2
Malaysia
of Akta (Perbadanan) Good Shepherd Nuns 1973
Sister Joan Gormley, Sister Superior of the Good Shepherd
Nuns di Malaysia dan pengganti dalam jawatannya yang kemudian, hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama
“the Sister Superior of the Good Shepherd Nuns, Malaysia”, dalam
Akta ini disebut “Perbadanan itu”.
(2)
Perbadanan itu boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, memindahkan hakmilik, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula atau dengan cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai mana-mana harta alih atau harta tak alih yang terletak hak pada Perbadanan itu.
(3)
Perbadanan itu boleh membawa guaman dan dibawa guaman berkenaan dengan hartanya dan selainnya dalam semua mahkamah keadilan dan dalam semua perkara dan guaman.
6
Undang-Undang Malaysia