Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) 2026

Feedback & supportAmends the Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Act 1981

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbadanan Kemajuan

Filem Nasional Malaysia (Pindaan) 2026.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pindaan seksyen 2

Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981

[Akta 244], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—

(a)

dalam takrif “ahli”, dengan memotong perkataan

“, Timbalan Pengerusi”;

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL

MALAYSIA (PINDAAN) 2026

Undang-Undang Malaysia 4

(b)

dalam takrif “filem-filem”, dengan memotong perkataan

“, filem subjek ringkas”;

(c)

dengan memotong takrif “filem subjek ringkas”; dan

(d)

dalam takrif “Pengerusi”, dengan memotong perkataan

“Timbalan Pengerusi dan”.

s 3Pindaan seksyen 4

Subseksyen 4(1) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memotong perkataan “, seorang Timbalan Pengerusi”;

(b)

dalam perenggan (a)—

(i)

dengan memotong perkataan “dan seorang Timbalan

Pengerusi”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “pengetahuan dan pengalaman mereka yang luas” dengan perkataan

“pengetahuan dan pengalamannya yang luas”;

(c)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan

“empat” dengan perkataan “lima”; dan

(d)

dengan memotong perenggan (e).

s 4Pindaan seksyen 6

Subseksyen 6(2) Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan

“untuk mengadakan” perkataan “latihan dan”; dan

(b)

dengan menggantikan perenggan (k) dengan perenggan yang berikut:

“(k) untuk melakukan apa-apa perkara lain yang timbul atau yang berkaitan dengan mana-mana tugas

Perbadanan di bawah Akta ini atau sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, selaras dengan maksud Akta ini.”.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia

(Pindaan)

s 5Pindaan seksyen 7

Seksyen 7 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Pengerusi atau mana-mana orang atau badan yang diwakilkan dengan apa-apa tugas dan kuasa di bawah subseksyen (1) dan (2) adalah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Perbadanan dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Perbadanan.

(4)

Apa-apa tugas dan kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Perbadanan.

(5)

Perwakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang

Perbadanan sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana tugas dan kuasa yang diwakilkan.”.

s 6Pindaan seksyen 8

Subseksyen 8(2) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan dengan menggantikan perkataan “Lembaga” dengan perkataan

“Perbadanan”.

s 7Pindaan seksyen 13

Subseksyen 13(3) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tidak lebih daripada lima orang ahli lain” dengan perkataan “tidak kurang daripada dua tetapi tidak lebih daripada enam orang ahli lain”.

s 8Pindaan seksyen 15

Seksyen 15 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“dengan sendirinya, melalui pekongsi atau agennya”

dengan perkataan “dengan sendirinya atau melalui anggota keluarganya atau sekutunya”;

Undang-Undang Malaysia 6

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut:

“(6a)  Bagi maksud subseksyen (1)—

“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang ahli Perbadanan atau jawatankuasa

Perbadanan, termasuklah—

(a)

suami atau isterinya;

(b)

ibu atau bapanya, termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya;

(c)

anaknya, termasuk anak angkat atau anak tiri;

(d)

adik-beradiknya, termasuk adik-beradik suami atau isterinya; dan

(e)

suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan

“sekutu”, berhubung dengan seseorang ahli

Perbadanan atau jawatankuasa Perbadanan, ertinya—

(a)

orang yang merupakan penama atau pekerja ahli itu;

(b)

firma yang ahli itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsi;

(c)

pekongsi ahli itu;

(d)

pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya ahli itu atau anggota keluarganya merupakan seorang benefisiari; atau

(e)

mana-mana perbadanan mengikut pengertian Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

yang ahli itu atau mana-mana penamanya atau anggota keluarganya merupakan seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.”; dan

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia

(Pindaan)

(c)

dalam subseksyen (7)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “lima tahun”

dengan perkataan “sepuluh tahun”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “dua puluh lima ribu” dengan perkataan “dua ratus lima puluh ribu”.

s 9Seksyen baharu 20a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 20

seksyen yang berikut:

“Kuasa untuk menubuhkan syarikat.

s 20aPerbadanan boleh, dengan kelulusan

Menteri dan Menteri Kewangan, menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 untuk menjalankan atau terlibat dalam apa-apa aktiviti yang telah dirancangkan atau dijalankan oleh

Perbadanan dalam pelaksanaan tugasnya di bawah perenggan 6(1)(f) atau penjalanan kuasanya di bawah perenggan 6(2)(b), (c) atau (h).”.

s 10Pemotongan seksyen 22a

Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 22a.

s 11Pindaan seksyen 24b

Seksyen 24b Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Bagi maksud Akta ini, mana-mana orang yang namanya tersiar dalam penghargaan suatu filem sebagai penerbit atau penerbit bersama filem itu, atau yang selainnya ditunjukkan dalam penghargaan itu telah membiayai atau menyelia pengeluaran filem itu hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, dianggap mengambil bahagian dalam pengeluaran filem itu.”.

Undang-Undang Malaysia 8

s 12Pindaan seksyen 25

Subseksyen 25(1) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “lima puluh ribu”

dengan perkataan “dua ratus lima puluh ribu”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “dua tahun” dengan perkataan “lima tahun”.

s 13Pindaan seksyen 26h

Seksyen 26h Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan nota birai dengan nota birai yang berikut:

“Pendakwaan.”;

(b)

dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Tiada pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis daripada Pendakwa Raya.”.

s 14Pindaan seksyen 26k

Seksyen 26k Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Perbadanan boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun melalui peraturan-peraturan

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia

(Pindaan)

9

yang dibuat di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang dengan semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada

Perbadanan suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu telah dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan bagi kesalahan itu dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh

Perbadanan, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(1b)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah seksyen ini, tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.

(1c)

Semua jumlah wang yang diterima oleh

Perbadanan di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan

Wang Disatukan Persekutuan.”.

s 15Pindaan seksyen 29

Seksyen 29 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan

“ahli jawatankuasa Perbadanan” dengan perkataan

“, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau penggajian ahli, pegawai atau penjawat Perbadanan atau ahli jawatankuasa Perbadanan,”; dan

Undang-Undang Malaysia 10

(b)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “dua tahun”

dengan perkataan “tiga tahun”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “lima ribu”

dengan perkataan “seratus ribu”.

s 16Seksyen baharu 29a dan 29b

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 29

seksyen yang berikut:

“Perisytiharan palsu.

s 29aSection 29a

Mana-mana orang yang membuat, secara lisan atau bertulis, menandatangani atau memberikan apa-apa perisytiharan, penyata, perakuan atau dokumen atau maklumat lain yang dikehendaki di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya yang tidak benar, tidak tepat atau mengelirukan mengenai apa-apa butiran melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan.

s 29bSection 29b

(1)

Perbadanan boleh mengeluarkan apa-apa garis panduan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan dengan lebih baik peruntukan Akta ini.

(2)

Perbadanan boleh membatalkan, mengubah, menyemak semula atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.”.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia

(Pindaan)

s 17Pindaan seksyen 34

Subseksyen 34(2) Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (c), dengan memotong perkataan “dan”

di hujung perenggan itu;

(b)

dalam perenggan (d), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; dan”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas perenggan (d) perenggan yang berikut:

“(e) untuk menetapkan semua perkara lain sebagaimana yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan bagi melaksanakan Akta ini.”.

s 18Pindaan seksyen 34a

Seksyen 34a Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Akta ini” perkataan “atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya”.

s 19Pindaan Jadual

Jadual kepada Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas perenggan 1 perenggan yang berikut:

“Pengerusi sementara.

s 1aSection 1a

Menteri boleh melantik buat sementara mana-mana ahli Perbadanan untuk bertindak sebagai Pengerusi semasa apa-apa tempoh apabila—

(a)

jawatan Pengerusi kosong;

(b)

Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak berada di Malaysia; atau

Undang-Undang Malaysia 12

(c)

Pengerusi, atas apa-apa sebab, tidak dapat melaksanakan kewajipan dan tugasnya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.”; dan

(b)

dalam subperenggan 3(2), dengan menggantikan perkataan

“Timbalan Pengerusi” dengan perkataan “Pengerusi sementara”.