Seksyen 8
Seksyen 15 Akta ibu dipinda—
of Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) 2026
(a)
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“dengan sendirinya, melalui pekongsi atau agennya”
dengan perkataan “dengan sendirinya atau melalui anggota keluarganya atau sekutunya”;
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1787
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut:
“(6a) Bagi maksud subseksyen (1)—
“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang ahli Perbadanan atau jawatankuasa
Perbadanan, termasuklah—
(a)
suami atau isterinya;
(b)
ibu atau bapanya, termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya;
(c)
anaknya, termasuk anak angkat atau anak tiri;
(d)
adik-beradiknya, termasuk adik-beradik suami atau isterinya; dan
(e)
suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan
“sekutu”, berhubung dengan seseorang ahli
Perbadanan atau jawatankuasa Perbadanan, ertinya—
(a)
orang yang merupakan penama atau pekerja ahli itu;
(b)
firma yang ahli itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsi;
(c)
pekongsi ahli itu;
(d)
pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya ahli itu atau anggota keluarganya merupakan seorang benefisiari; atau
(e)
mana-mana perbadanan mengikut pengertian Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang ahli itu atau mana-mana penamanya atau anggota keluarganya merupakan seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.”; dan
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
(Pindaan)
(c)
dalam subseksyen (7)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “lima tahun”
dengan perkataan “sepuluh tahun”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “dua puluh lima ribu” dengan perkataan “dua ratus lima puluh ribu”.
Seksyen baharu 20a