16. Seksyen baharu 29a dan 29b
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 29
seksyen yang berikut:
“Perisytiharan palsu.
s 29aSection 29a
Mana-mana orang yang membuat, secara lisan atau bertulis, menandatangani atau memberikan apa-apa perisytiharan, penyata, perakuan atau dokumen atau maklumat lain yang dikehendaki di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya yang tidak benar, tidak tepat atau mengelirukan mengenai apa-apa butiran melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan.
s 29bSection 29b
Perbadanan boleh mengeluarkan apa-apa garis panduan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan dengan lebih baik peruntukan Akta ini.
Perbadanan boleh membatalkan, mengubah, menyemak semula atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.”.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
(Pindaan)