Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2015Read it in English

Bahagian V · Lesen untuk Menggunakan Logo Perbadanan

21. Lesen untuk menggunakan logo Perbadanan

Feedback & support
(1)

Seseorang yang adalah seorang pengeluar apa-apa keluaran kraftangan boleh memohon kepada Perbadanan bagi mendapatkan suatu lesen untuk menggunakan logo Perbadanan berhubung dengan keluaran kraftangan yang dikeluarkan olehnya.

(2)

Seseorang pemohon bagi mendapatkan suatu lesen di bawah seksyen ini hendaklah, jika dikehendaki oleh

Perbadanan, mengemukakan keluaran kraftangan yang berkenaan dengannya lesen itu dipohon kepada Perbadanan untuk diperiksa dan diuji dan hendaklah memberi kepada

Perbadanan apa-apa maklumat berhubung dengan urusannya atau berhubung dengan keluaran kraftangan itu sebagaimana dikehendaki oleh Perbadanan.

(3)

Sesuatu lesen di bawah seksyen ini adalah sah selama apa-apa tempoh yang ditetapkan oleh Perbadanan dalam lesen itu, tetapi boleh diperbaharui dari semasa ke semasa selama sesuatu tempoh selanjutnya sebagaimana ditetapkan oleh Perbadanan.

(4)

Maka hendaklah dinyatakan dalam tiap-tiap lesen di bawah seksyen ini keluaran kraftangan yang berhubung dengannya orang berlesen itu dibenar menggunakan logo Perbadanan.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 19

Report

Bahagian VI

Tugas dan Kuasa Tertentu

Bahagian VII

Peruntukan Pelbagai

Schedules