Seksyen 3
of Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979
Seksyen 3
Maka hendaklah ditubuhkan suatu perbadanan bernama
“Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia” yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan yang boleh membawa dan dibawa guaman atas nama tersebut dan, tertakluk kepada Akta ini dan bagi maksudnya, boleh membuat kontrak dan boleh memegang dan menjual beli atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih dan melakukan semua perkara dan hal lain yang bersampingan atau berkenaan dengan pertubuhan perbadanan.
(2)
Apabila sahaja mula berkuat kuasanya Akta ini, perbadanan yang dikenali sebagai “Lembaga Kraftangan Malaysia” yang ditubuhkan menurut Perintah Majlis Amanah Rakyat (Lembaga
Kraftangan Malaysia) 1973 [P.U.
299/1973] hendaklah dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, hendaklah
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 9
disifatkan sebagai perbadanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1), dan tidak lagi dianggap sebagai suatu perbadanan yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat di bawah seksyen 25
Akta Malis Amanah Rakyat 1966 [Akta 489].