Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Act 1979 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian IV · Kewangan
15. Kumpulan Wang
Feedback & supportBagi maksud Akta ini, maka hendaklah ditubuhkan suatu
Kumpulan Wang yang akan ditadbir dan dikawal oleh Perbadanan.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 222
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada–
wang yang dimiliki oleh Perbadanan sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini;
wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud Kumpulan Wang oleh Parlimen;
wang yang didapati dari pengendalian apa-apa projek, skim, atau perusahaan yang dibiayai daripada
Kumpulan Wang;
wang yang didapati atau yang timbul dari apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Perbadanan;
semua harta, pelaburan, gadai janji, gadaian dan dibentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada
Perbadanan;
wang yang dipinjam oleh Perbadanan di bawah seksyen 16; dan
semua wang dan harta lain yang dengan apa cara juapun kena dibayar kepada atau terletak hak pada
Perbadanan mengenai apa-apa perkara bersampingan dengan tugas dan kuasanya.
Kumpulan Wang bolehlah dibelanjakan bagi maksud–
membayar perbelanjaan yang dilakukan dengan sewajarnya oleh Perbadanan dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini, termasuk saraan, elaun persaraan, pencen dan ganjaran bagi pegawai dan pekhidmat Perbadanan; dan
memberi pinjaman atau modal bagi–
mana-mana anak perbadanan yang ditubuhkan atau akan ditubuhkan di bawah seksyen 9; atau
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 17
mana-mana syarikat yang ditubuhkan atau diambil alih oleh Perbadanan di bawah seksyen 9.