Skip to content
In forceUpdated to 15 Nov 2025Read it in English

Bahagian II · Peletakhakan Harta, Dsb., Pada Syarikat Pengganti

4. Pemegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti

(1)

Sebagai akibat peletakhakan harta, hak dan liabiliti pada syarikat pengganti di bawah seksyen 3, syarikat pengganti itu hendaklah menerbitkan apa-apa sekuriti syarikat itu sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan, selepas berunding dengan Menteri, dari semasa ke semasa, kepada Perbadanan.

(2)

Sekuriti yang dikehendaki diterbitkan menurut seksyen ini hendaklah—

(a)

diterbitkan atau diuntukkan pada bila-bila masa dan atas apa-apa terma, tentang penguntukan, sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan, selepas berunding dengan Menteri;

(b)

mempunyai nilai nominal sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan; dan

(c)

diterbitkan sebagai berbayar penuh dan dikira bagi maksud

*Akta Syarikat 1965 seolah-olah ia telah dibayar oleh sebab pembayaran nilai nominalnya kepada syarikat pengganti.

(3)

Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, melupuskan mana-mana sekuriti yang diterbitkan atau mana-mana hak mengenai sekuriti yang diuntukkan pada mulanya kepada Perbadanan menurut seksyen ini.

(4)

Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh

Perbadanan sebagai hak pada, atas pelupusan atau selainnya berkaitan dengan, mana-mana sekuriti atau hak yang diperolehi menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016

[Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

10 Undang-Undang Malaysia

Report

Bahagian III

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Kakitangan