Akta Perbadanan Pembangunan Bandar (Syarikat Pengganti) 1996 · Updated to 15 Nov 2025 · Bahagian II · Peletakhakan Harta, Dsb., Pada Syarikat Pengganti
Akta Perbadanan Pembangunan Bandar (Syarikat Pengganti) 1996 · Updated to 15 Nov 2025 · Bahagian II · Peletakhakan Harta, Dsb., Pada Syarikat Pengganti
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, melantik mana-mana orang yang difikirkannya layak untuk bertindak
Perbadanan Pembangunan Bandar 11
(Syarikat Pengganti)
sebagai penamanya bagi maksud seksyen 4 atau 5 dan⎯
sekuriti syarikat pengganti boleh diserahhakkan di bawah seksyen 4 kepada mana-mana penama Menteri Kewangan yang dilantik bagi maksud seksyen itu atau kepada mana-mana orang yang berhak menghendaki penerbitan sekuriti itu berikutan dengan penguntukan permulaannya kepada mana-mana penama itu; dan
mana-mana penama itu yang dilantik bagi maksud seksyen 5 boleh memperoleh sekuriti atau hak mengikut seksyen itu.
Mana-mana orang yang memegang mana-mana sekuriti atau hak sebagai penama Menteri Kewangan menurut kuasa subseksyen (1)
hendaklah memegang dan menguruskannya atas apa-apa terma dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri
Kewangan.
Bahagian III