Skip to content

Seksyen 18

Pewakilan fungsi Perbadanan

of Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 18 of 45
Seksyen 18
(1)

Perbadanan boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana fungsi yang dikenakan atau diberikan kepadanya oleh undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kepada—

(a)

Pengerusi;

(b)

seorang anggota Perbadanan; atau

(c)

suatu jawatankuasa.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan

Pembersihan Awam 21

(2)

Mana-mana orang yang diwakilkan dengan fungsi sedemikian adalah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Perbadanan dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh

Perbadanan.

(3)

Mana-mana fungsi yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak

Perbadanan.

(4)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Perbadanan daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi kuasa yang telah diwakilkan itu pada bila-bila masa.