Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian I · Permulaan
1. Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
Feedback & support(1)
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbadanan Pengurusan
Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.
(2)
Akta ini terpakai bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah-Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.
(3)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.