Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian II · Perbadanan
3. Penubuhan Perbadanan
Feedback & supportSuatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Perbadanan
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam” ditubuhkan.
Perbadanan adalah kekal turun-temurun dan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan.
Perbadanan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanan.
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Perbadanan boleh, atas apa-apa terma yang disifatkannya patut—
membuat kontrak; dan
berkenaan dengan apa-apa jenis harta alih dan tak alih dan kepentingan mengenai apa-apa jenis harta alih dan tak alih—
memperoleh, membeli dan mengambil harta dan kepentingan itu; dan
memegang, menikmati, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahakkan semula, memindahkan hakmilik, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai, harta dan kepentingan yang terletak hak pada Perbadanan.