Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
of Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
“anggota Perbadanan” ertinya seseorang anggota Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 5;
8
Undang-Undang Malaysia
Akta 673
“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh
Perbadanan di bawah seksyen 11;
“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya ketua pegawai eksekutif
Perbadanan;
“Ketua Pengarah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam 2007 [Akta 672];
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Perbadanan Pengurusan
Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang ditubuhkan di bawah seksyen 27;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 5;
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“perkhidmatan pengurusan pembersihan awam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam 2007;
“perkhidmatan pengurusan sisa pepejal” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam 2007;
“syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4 *Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
“undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam” ertinya Akta ini dan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 2007, dan termasuk mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang itu.
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016
[Akta 777] m.b.p. 31 Januari 2017.
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 9