Perbadanan Stadium Malaysia 2010 · Updated to 1 Dec 2016 · Bahagian V · Kuasa Lain Perbadanan
30. Section 30
Feedback & supportPerbadanan boleh mengambil khidmat, melantik dan membayar ejen, kontraktor dan penasihat teknikal, termasuklah peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur, penilai dan orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan, melaksanakan apa-apa projek, skim atau perusahaan, atau melakukan apa-apa tindakan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam pelaksanaan fungsinya, penjalanan kuasanya atau penunaian kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.