Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2016Read it in English

Bahagian II

3. Perbadanan dan objektifnya

Feedback & support
(1)

Suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Perbadanan

Stadium Malaysia” ditubuhkan.

(2)

Perbadanan adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.

(3)

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Perbadanan boleh, atas apa-apa terma yang disifatkannya patut—

(a)

membuat kontrak;

Perbadanan Stadium Malaysia 9

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan

(c)

memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, memajakkan, menyerahhak semula, memindahkan atau selainnya melupuskan, atau memperlakukan, mana-mana harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada Perbadanan.

(4)

Objektif

Perbadanan adalah untuk membangunkan, mengendalikan dan menguruskan stadium mengikut standard yang ditentukan oleh Perbadanan.

Report

Bahagian III

Ketua Pegawai Eksekutif, Pegawai dan Pekhidmat

Bahagian IV

Kewangan

Bahagian V

Kuasa Lain Perbadanan

Bahagian VI

Bahagian VII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules