Seksyen 16
of Akta Perbadanan Stadium Malaysia Act 2010
Seksyen 16
Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Pegawai
Eksekutif atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh
Perbadanan.
(2)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi—
(a)
penjalanan, pentadbiran dan pengurusan am fungsi, aktiviti dan hal ehwal hari ke hari Perbadanan;
(b)
penyediaan—
(i)
program, skim, projek dan aktiviti;
Perbadanan Stadium Malaysia 19
(ii)
anggaran perbelanjaan bagi pelaksanaan program tahunan; dan
(iii)
semua anggaran pendapatan, untuk kelulusan Perbadanan;
(c)
pelaksanaan semua program, skim dan projek
Perbadanan; dan
(d)
pelaksanaan keputusan dan arahan Perbadanan.
(3)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah menjadi Setiausaha kepada Perbadanan.
(4)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain yang diarahkan oleh Perbadanan.
(5)
Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Perbadanan.
(6)
Jika Ketua Pegawai Eksekutif tidak ada buat sementara di
Malaysia atau tidak berupaya untuk sementara oleh sebab sakit atau apa-apa sebab lain untuk melaksanakan kewajipannya, atau jika jawatan Ketua Pegawai Eksekutif adalah kosong pada masa itu,
Perbadanan boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain untuk melaksanakan kewajipan Ketua Pegawai Eksekutif semasa ketiadaan atau ketidakupayaan sementara itu.