Skip to content

Seksyen 4

Kumpulan Wang boleh dibelanjakan bagi maksud―

of Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997

ActIn forceProvision 4 of 64
Seksyen 4

(a)

memberikan pinjaman pendidikan kepada pelajar bagi pembayaran fi, kelengkapan dan bantuan pendidikan, dan perbelanjaan kos kehidupan semasa tempoh pengajian pelajar itu di institusi pendidikan tinggi;

(b)

membiayai, atau memberikan bantuan kewangan kepada, pelajar di institusi pendidikan tinggi selain dalam bentuk pinjaman pendidikan;

(c)

menubuhkan skim insurans dan skim amanah saham;

(d)

membayar balik pinjaman dan apa-apa belanja pasti dan perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(e)

belanja pentadbiran termasuk saraan, faedah persaraan, gratuiti dan elaun lain pegawai dan pekhidmat Perbadanan;

dan

(f)

perbelanjaan lain yang bersampingan dengan pengurusan

Kumpulan Wang dan fungsi Perbadanan termasuk apa-apa wang yang diperlukan untuk menunaikan apa-apa penghakiman, keputusan, atau award oleh mana-mana mahkamah atau tribunal terhadap Perbadanan, atau mana-mana anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dalam menjalankan fungsi Perbadanan.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 566