Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Act 1997 · Updated to 1 Apr 2013 · Bahagian VII
49. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportPerbadanan, dengan kelulusan Menteri, boleh membuat apa-apa peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi pelaksanaan peruntukan Akta ini.
Tanpa menjejaskan kelulusan makna subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi menetapkan―
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 566
borang yang hendaklah digunakan dan maklumat yang hendaklah diberikan dalam apa-apa permohonan atau bagi apa-apa maksud lain di bawah Akta ini;
tatacara yang hendaklah diikuti dan fi yang difikirkan patut ditetapkan berkenaan dengan apa-apa permohonan di bawah Akta ini;
bentuk yang mengikutinya suatu daftar atau rekod lain hendaklah disimpan atau disenggara di bawah Akta ini dan catatan yang hendaklah dibuat dalamnya;
fi atau caj lain yang hendaklah dikenakan berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan di bawah Akta ini;
cara pelantikan, dan terma dan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Perbadanan;
pembayaran gratuiti dan faedah lain kepada pegawai dan pekhidmat Perbadanan;
terma dan syarat dan tatacara bagi pemberian pinjaman atau pendahuluan kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan termasuk, jika pinjaman itu adalah bagi maksud membeli atau mendirikan rumah atau melepaskan apa-apa beban atas rumah, syarat bahawa rumah itu termasuk tanah yang menjadi tapaknya hendaklah digadaikan atau diserahhakkan kepada Perbadanan sebagai cagaran bagi pinjaman itu;
pembayaran elaun dan faedah lain kepada anggota
Lembaga dan jawatankuasa;
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 37
(ha)
tanggungjawab, syarat dan tatacara bagi pemberian pinjaman pendidikan kepada mana-mana pelajar penerima;
apa-apa perkara yang dikehendaki ditetapkan di bawah
Akta ini; dan
apa-apa perkara lain yang difikirkan suai manfaat atau perlu oleh Perbadanan bagi maksud Akta ini.