Skip to content

Seksyen 5

of Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997

ActIn forceProvision 5 of 64

Seksyen 5

(1)

Maka adalah ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan yang dinamakan “Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional” yang hendaklah bertanggungjawab bagi pengurusan Kumpulan Wang.

(2)

Perbadanan adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya.

(3)

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Perbadanan, atas apa-apa terma yang difikirkan patut, boleh―

(a)

membuat kontrak;

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan

(c)

memindahkan, menyerahakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahakkan semula, memindahmilikkan, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai―

(i)

apa-apa harta alih atau tak alih; dan

(ii)

apa-apa kepentingan mengenai apa-apa harta alih atau tak alih, yang terletak hak pada Perbadanan.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 13