Akta Perdagangan Elektronik 2006 · Updated to 1 Nov 2012 · Bahagian I · Permulaan
3. Penggunaan tidak mandatori
Feedback & support(1)
Tiada apa pun dalam Akta ini boleh menjadikannya mandatori bagi seseorang untuk menggunakan, memberi atau menerima apa-apa mesej elektronik dalam mana-mana urus niaga perdagangan melainkan jika orang itu mengizinkan penggunaan, pemberian atau penerimaan mesej elektronik itu.
(2)
Keizinan seseorang untuk mengguna, memberi atau menerima apa-apa mesej elektronik dalam mana-mana urus niaga perdagangan boleh disimpulkan daripada perlakuan orang itu.