Akta Perdagangan Elektronik 2006 · Updated to 1 Nov 2012 · Bahagian II · Pengiktirafan Undang-Undang Mesej Elektronik
6. Pengiktirafan undang-undang mesej elektronik
Feedback & support(1)
Apa-apa maklumat tidak boleh dinafikan kesan undang-undang, kesahan atau kebolehlaksanaan atas alasan bahawa ia adalah secara keseluruhan atau sebahagian dalam suatu bentuk elektronik.
(2)
Apa-apa maklumat tidak boleh dinafikan kesan undang-undang, kesahan atau kebolehlaksanaan atas alasan bahawa maklumat itu tidak terkandung dalam mesej elektronik yang memberi kesan undang-undang itu, tetapi hanya dirujuk dalam mesej elektronik itu, dengan syarat bahawa maklumat yang dirujukkan itu boleh dicapai oleh orang yang terhadapnya maklumat yang dirujuk itu mungkin digunakan.