Akta Perdagangan Elektronik 2006 · Updated to 1 Nov 2012 · Bahagian IV · Komunikasi Mesej Elektronik
17. Anggapan mesej elektronik
Feedback & supportSuatu mesej elektronik adalah kepunyaan pemula jika mesej elektronik itu dihantar oleh pemula sendiri.
12
Undang-Undang Malaysia
Di antara pemula dengan penerima, suatu mesej elektronik disifatkan sebagai kepunyaan pemula jika mesej elektronik itu dihantar oleh—
orang yang mempunyai kebenaran untuk bertindak bagi pihak pemula berkenaan dengan mesej elektronik itu;
atau
suatu sistem memproses maklumat yang diprogramkan oleh, atau bagi pihak, pemula untuk beroperasi secara automatik.
Di antara pemula dengan penerima, penerima itu berhak untuk menganggap suatu mesej elektronik itu adalah kepunyaan pemula, dan untuk bertindak atas anggapan itu jika—
penerima memakai sewajarnya suatu kaedah pengesahan yang dipersetujui antara pemula dengan penerima untuk menentukan sama ada mesej elektronik itu adalah kepunyaan pemula; atau
mesej elektronik sebagaimana yang diterima oleh penerima adalah hasil tindakan seseorang yang hubungannya dengan pemula atau mana-mana agen pemula membolehkan orang itu mendapatkan capaian kepada suatu kaedah pengesahan yang digunakan oleh pemula untuk mengenal pasti mesej elektronik itu sebagai kepunyaannya.
Subseksyen (3) tidak terpakai jika—
penerima telah menerima suatu notis daripada pemula bahawa mesej elektronik itu bukanlah kepunyaan pemula dan mempunyai masa yang munasabah untuk bertindak sewajarnya; atau
penerima tahu atau sepatutnya tahu bahawa mesej elektronik itu bukanlah kepunyaan pemula jika dia telah menjalankan jagaan yang munasabah atau menggunakan apa-apa kaedah pengesahan yang dipersetujui antara pemula dengan penerima.