Seksyen 3
Undang-undang yang terpakai
of Akta Perdagangan Strategik 2010
Peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, termasuk undang-undang yang berkaitan, yang berhubungan dengan pencegahan percambahan senjata pemusnah besar-besaran dan sistem penghantarannya.
(2)
Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, termasuk undang-undang yang berkaitan, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai dan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang bercanggah atau tidak selaras itu hendaklah, setakat percanggahan atau ketidakselarasan itu, disifatkan digantikan.
Perdagangan Strategik 13