Seksyen 4
Pemakaian luar wilayah
of Akta Perdagangan Strategik 2010
Akta ini hendaklah, berhubung dengan mana-mana orang, walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya, mempunyai kuat kuasa di luar dan juga di dalam Malaysia, dan jika suatu kesalahan di bawah Akta ini dilakukan oleh mana-mana orang di mana-mana tempat di luar Malaysia, dia boleh diuruskan berkenaan dengan kesalahan sedemikian seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat dalam Malaysia.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1) dan berhubung dengan penghantaran teknologi strategik, Akta ini hendaklah terpakai jika, bagi kesalahan yang berkenaan, penghantaran teknologi strategik itu menggunakan apa-apa kelengkapan atau peranti yang terletak di Malaysia atau disalurkan menerusi apa-apa kelengkapan atau peranti yang terletak di Malaysia.