Skip to content
In forceUpdated to 11 Jan 2022Read it in English

Bahagian III · Pernyataan Silap Selain Perihal Dagangan Palsu

16. Representasi palsu tentang pembekalan atau kelulusan barang-barang atau perkhidmatan

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh membuat apa-apa representasi palsu dengan apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bahawa apa-apa barang atau perkhidmatan yang dibekalkan olehnya atau apa-apa kaedah yang digunakan olehnya ialah barang-barang atau perkhidmatan yang dibekalkan kepada atau diluluskan oleh mana-mana orang termasuk mana-mana kerajaan atau jabatan atau agensi kerajaan atau mana-mana badan atau agensi antarabangsa sama ada di Malaysia atau luar negeri.

(2)

Subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa tanpa menjejaskan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang melarang atau menyekat penggunaan apa-apa nama, lambang, lambang kebesaran, meterai, bendera, panji-panji, gelaran, jata, tanda, perkataan atau huruf atau apa-apa bentuk perihalan yang lain dalam perjalanan perdagangan, perniagaan, pekerjaan atau profesion.

Pernyataan palsu atau yang mengelirukan tentang perkhidmatan, dsb.

*CATATAN—Subseksyen 15(3) dan (4) tidak lagi terpakai berikutan dengan pemansuhan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] yang berkuat kuasa pada 1 September 2018–lihat seksyen 3 Akta Cukai Barang dan

Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 [Akta 805].

Perihal Dagangan 21

Report

Bahagian IV

Pembelaan

Bahagian V

Bahagian VI

Bahagian VII

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bahagian VIII

Schedules