Seksyen 18
Pernyataan palsu atau yang mengelirukan dalam iklan
ActIn forceProvision 18 of 74
Seksyen 18
(1)
Tiada seorang pun boleh membuat apa-apa pernyataan palsu atau yang mengelirukan dalam mana-mana iklan berhubung dengan apa-apa barang atau perkhidmatan.
(2)
Jika mana-mana orang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini, beban untuk membuktikan bahawa pernyataan yang dibuat olehnya adalah benar atau tidak mengelirukan hendaklah terletak pada orang yang dipertuduh itu.
Anggapan liabiliti ke atas pengiklan, dsb.