Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 · Updated to 18 Jul 2025 · Bahagian V · Pentadbiran dan Kewangan
11. Ketua Pentadbir Parlimen
Feedback & supportHendaklah ada seorang Ketua Pentadbir Parlimen dalam kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan.
Ketua Pentadbir Parlimen hendaklah bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal harian Parlimen termasuk perkara kewangan
Perkhidmatan Parlimen.
Ketua Pentadbir Parlimen hendaklah mempunyai kawalan am terhadap anggota Perkhidmatan Parlimen.
Ketua Pentadbir Parlimen hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain sebagaimana yang diarahkan oleh
Majlis Perkhidmatan Parlimen.
Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pentadbir Parlimen hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Majlis
Perkhidmatan Parlimen.
Ketua Pentadbir Parlimen hendaklah menjadi setiausaha kepada Majlis Perkhidmatan Parlimen.