Skip to content

Seksyen 14

of Akta Perkhidmatan Parlimen 2025

ActIn forceProvision 14 of 19

Seksyen 14

(1)

Kecuali bagi apa-apa maksud Akta ini atau bagi maksud mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh

Majlis Perkhidmatan Parlimen—

(a)

tiada anggota Majlis Perkhidmatan Parlimen atau anggota

Perkhidmatan Parlimen, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau penggajiannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang diperoleh olehnya semasa menjalankan kewajipannya; dan

(b)

tiada orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat

Majlis Perkhidmatan Parlimen atau seseorang yang dengan apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Perkhidmatan Parlimen boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.