Skip to content

Seksyen 18

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

of Akta Perkhidmatan Parlimen 2025

ActIn forceProvision 18 of 19
Seksyen 18
(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh, selepas berunding dengan Majlis Perkhidmatan Parlimen, membuat apa-apa peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya atau bagi melaksanakan dengan lebih baik peruntukan Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi maksud yang berikut:

(a)

untuk menetapkan kelayakan bagi pelantikan dan syarat perkhidmatan Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha

Dewan Rakyat;

Perkhidmatan Parlimen 17

(b)

untuk menetapkan terma dan syarat pelantikan anggota

Perkhidmatan Parlimen;

(c)

untuk menetapkan tatatertib anggota Perkhidmatan

Parlimen dan bagi prosiding tatatertib terhadap anggota

Perkhidmatan Parlimen itu, termasuk penahanan kerja, penggantungan kerja, hukuman dan pembuangan kerja anggota Perkhidmatan Parlimen itu;

(d)

untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan pentadbiran Perkhidmatan Parlimen;

(e)

untuk menetapkan apa-apa perkara yang dikehendaki untuk ditetapkan bagi maksud Akta ini.