Telecommunication Services (Successor Company) Act 1985 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Peletakhakan Harta, Dsb., Pada Syarikat Pengganti
3. Section 3
Feedback & support(1)
Menteri boleh, dengan perintah yang disiarkan dalam
Warta, menetapkan suatu tarikh pemindahan dan dari tarikh itu, semua harta, hak dan liabiliti berkenaan dengan perkhidmatan telekomunikasi, selain tanah terkecuali dan harta ditetapkan, yang kepadanya Kerajaan Malaysia berhak atau tertakluk sebaik sebelum tarikh itu, hendaklah menjadi, menurut kuasa seksyen ini, harta, hak dan liabiliti syarikat pengganti.
Dalam seksyen ini, ―tanah terkecuali‖ ertinya tanah yang terletak di luar kawasan mana-mana Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan oleh undang-undang dan yang―
adalah tanah Kerajaan yang diberi hakmilik oleh sesuatu
Negeri kepada Persekutuan bagi maksud persekutuan, tanah yang diberi hakmilik oleh sesuatu Negeri kepada
Persekutuan selepas pengambilan paksa atau tanah diberi hak milik yang diambil oleh sesuatu Negeri daripada
Perkhidmatan Telekomunikasi (Syarikan Pengganti) 7
seorang tuan punya persendirian dengan persetujuan untuk
Persekutuan, di bawah Perkara 83 Perlembagaan;
adalah dirizabkan bagi maksud persekutuan di bawah
Kanun Tanah Negara [Akta 56/1956] , Ordinan Tanah
Sabah [Sabah Bab 68], Kanun Tanah Sarawak [Sarawak