Telecommunication Services (Successor Company) Act 1985 · Updated to 1 Dec 2011 · Bab 81], atau mana-mana undang-undang tanah sebelumnya dan tanah di Negeri Semenanjung Malaysia, selain Melaka dan Pulau Pinang, yang dianggap sebagai diriz
4. Pelupusan tanah
Feedback & supportBagi mengelakkan keraguan, jika apa-apa kepentingan mengenai tanah terletakhak pada Persekutuan bagi maksud telekomunikasi, adalah sah bagi Persekutuan, menurut Perkara 86
Perlembagaan, memberi―
Perkhidmatan Telekomunikasi (Syarikan Pengganti) 9
dalam hal suatu kepentingan mengenai tanah di
Semenanjung Malaysia, pajakan atas tanah itu bagi suatu tempoh yang tidak melebihi sembilan puluh sembilan tahun atau, dalam hal tanah yang dipegang di bawah pajakan Negeri atau Mukim, bagi suatu tempoh yang tidak melebihi baki tempoh pajakan itu; dan
dalam hal suatu kepentingan mengenai tanah di Sabah atau Sarawak, pajakan kecil menurut peruntukan Ordinan
Tanah Sabah atau Kanun Tanah Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada syarikat pengganti bagi maksud perkhidmatan telekomunikasi yang hendaklah dinyatakan dalam terma pajakan atau pajakan kecil itu.
Bagi maksud perenggan(1)(a),
―pajakan‖
hendaklah mempunyai maksud yang diberikan kepadanya dalam Kanun Tanah
Negara, dan bagi maksud perenggan (1)(b), ―pajakan kecil‖
hendaklah mempunyai maksud yang terpakai baginya di bawah
Ordinan Tanah, Sabah atau Kanun Tanah, Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan.