Skip to content

Seksyen 23

Kewajipan kerahsiaan

of Akta Perkongsian Data 2025

ActIn forceProvision 23 of 29
Seksyen 23
(1)

Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, mana-mana pegawai atau pekhidmat sesuatu agensi sektor awam, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau penggajiannya, tidak boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang diperolehnya semasa melaksanakan kewajipannya.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.