Seksyen 12
ActIn forceProvision 12 of 29
Seksyen 12
(1)
Mana-mana agensi sektor awam boleh, mengikut apa-apa cara sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Ketua Pengarah, meminta kepada agensi sektor awam lain bagi perkongsian data di bawah kawalan agensi sektor awam lain itu.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 864
(2)
Permintaan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah menyatakan—
(a)
data yang diminta;
(b)
tujuan yang baginya data itu diminta;
(c)
agensi sektor awam yang dihasratkan untuk menjadi penerima data dan pembekal data; dan
(d)
cara pengendalian data yang diminta.
(3)
Bagi maksud subseksyen (1), suatu agensi sektor awam dianggap mempunyai kawalan data jika data itu berada dalam milikan atau jagaan agensi sektor awam itu.