Seksyen 3
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“agensi sektor awam” ertinya—
(a)
agensi yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan awam yang disebut dalam Fasal (1) Perkara 132
Perlembagaan Persekutuan, kecuali perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (f) dan (g); dan
(b)
mana-mana pihak berkuasa berkanun yang menjalankan kuasa yang terletak hak padanya menurut undang-undang persekutuan;
“data” ertinya apa-apa fakta, statistik, arahan, konsep atau maklumat lain dalam bentuk yang boleh disampaikan, dianalisis atau diproses, sama ada oleh individu atau komputer atau cara lain;
“dokumen” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Keterangan 1950 [Akta 56];
“integrasi data” ertinya proses gabungan data;
“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Perkongsian Data Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;
“kerja analitik data” ertinya pemeriksaan dan analisis data bagi maksud membuat kesimpulan hasil daripada pemeriksaan dan analisis itu;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara berkaitan digital;
“pembekal data” ertinya agensi sektor awam yang berkongsi data kepada penerima data di bawah Bahagian IV;
“penerima data” ertinya agensi sektor awam yang kepadanya data dikongsikan di bawah Bahagian IV.
Perkongsian Data 7