Seksyen 4
Rukun perkongsian data
Akta ini hendaklah dibaca bersama-sama peruntukan undang-undang bertulis lain yang membenarkan suatu perkongsian data dibuat, tertakluk kepada syarat yang diperuntukkan di bawah undang-undang bertulis itu, dan peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan undang-undang bertulis yang berkaitan.
(2)
Mana-mana orang yang berkongsi data di bawah Akta ini disifatkan telah membuat penzahiran menurut peruntukan yang dinyatakan dalam ruang (3) di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam ruang (2) kepada Jadual.
(3)
Apa-apa data agensi sektor awam hendaklah diurus selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] dan apa-apa arahan yang berhubungan dengan keselamatan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Kerajaan.