Skip to content

Seksyen 8

Mesyuarat Jawatankuasa

of Akta Perkongsian Data 2025

ActIn forceProvision 8 of 29
Seksyen 8
(1)

Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuaratnya sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Pengerusi dan mesyuarat hendaklah diadakan pada masa, di tempat dan mengikut cara sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Pengerusi.

(2)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat

Jawatankuasa.

(3)

Jika Pengerusi tidak hadir pada mana-mana mesyuarat

Jawatankuasa, dia boleh mengarahkan Timbalan Pengerusi untuk menggantikannya sebagai pengerusi mesyuarat itu.

(4)

Lima belas orang anggota, termasuk Pengerusi, hendaklah membentuk kuorum mesyuarat Jawatankuasa.

(5)

Jawatankuasa boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 864