Skip to content

Seksyen 10

Jawatankuasa boleh menubuhkan jawatankuasa kecil

of Akta Perkongsian Data 2025

ActIn forceProvision 10 of 29
Seksyen 10
(1)

Jawatankuasa boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa kecil sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantu Jawatankuasa dalam pelaksanaan fungsinya.

(2)

Jawatankuasa boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa kecil yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(3)

Jawatankuasa boleh melantik mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi jawatankuasa kecil yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(4)

Jawatankuasa kecil adalah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa.

(5)

Jawatankuasa kecil hendaklah bermesyuarat pada masa, di tempat dan mengikut cara sebagaimana yang boleh ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa kecil itu.

(6)

Jawatankuasa kecil boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa kecil bagi menasihati jawatankuasa kecil mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan.

(7)

Jawatankuasa kecil boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Perkongsian Data 11