Seksyen 22
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 21
of Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025
Amendment ActIn forceProvision 23 of 75
Seksyen 22
seksyen yang berikut:
“Pelan kesediaan dan respons kecemasan nuklear atau radiologi.
Quoted provision
Seksyen 21a
(1)
Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah menyediakan dan mengemukakan pelan kesediaan dan respons kecemasan nuklear atau radiologi yang sesuai bagi kelulusan pihak berkuasa berkenaan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
(2)
Mana-mana pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.”.