Skip to content

Seksyen 26

of Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025

Amendment ActIn forceProvision 27 of 75

Seksyen 26

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian V bahagian yang berikut:

“Bahagian Va

SEKURITI

Tanggungjawab pemegang lesen untuk memastikan sekuriti.

Quoted provision

Seksyen 25a

Pemegang lesen hendaklah melaksanakan langkah-langkah sebagaimana yang ditetapkan untuk memastikan sekuriti bahan radioaktif, bahan nuklear dan kemudahan.

Pemberitahuan penemuan bahan radioaktif atau bahan nuklear.

Quoted provision

Seksyen 25b

Mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan dan ada sebab untuk mempercayai bahawa dia menemukan barang yang merupakan bahan radioaktif atau bahan nuklear hendaklah memberitahu Ketua Pengarah sama ada secara lisan atau secara bertulis dalam masa dua puluh empat jam daripada masa dia menemukan barang itu.

Bahagian Vb

KAWAL GUNA

Tanggungjawab bagi kawal guna.

Quoted provision

Seksyen 25c

Pemegang lesen hendaklah mewujudkan dan menyenggarakan suatu sistem perakaunan dan kawalan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan bagi bahan nuklear dalam milikannya.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta A1779

Pemeriksaan kawal guna.

Quoted provision

Seksyen 25d

(1)

Apabila diberitahu pelantikan pemeriksa ke Malaysia oleh Agensi, Ketua

Pengarah boleh mengambil tindakan yang perlu untuk memudahkan pemeriksaan kawal guna oleh pemeriksa, termasuk dengan mengeluarkan suatu perakuan kepada pemeriksa sebagai pemeriksa antarabangsa bagi maksud Akta ini.

(2)

Pemeriksa antarabangsa yang disebut dalam subseksyen (1) boleh menjalankan pemeriksaan kawal guna mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.

(3)

Mana-mana orang hendaklah mematuhi kehendak pemeriksaan kawal guna sebagaimana yang ditetapkan.

Maklumat mengenai barang berkaitan nuklear atau teknologi berkaitan nuklear.

Quoted provision

Seksyen 25e

(1)

Mana-mana orang yang berniat untuk menjalankan suatu aktiviti yang berhubungan dengan barang berkaitan nuklear atau teknologi berkaitan nuklear, hendaklah memberi Ketua

Pengarah maklumat sebagaimana yang ditetapkan sebelum permulaan aktiviti itu tidak kira sama ada aktiviti itu melibatkan bahan nuklear atau tidak.

(2)

Mana-mana orang yang enggan atau tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

Maklumat mengenai aktiviti penyelidikan dan pembangunan berkaitan kitaran bahan api nuklear.

Quoted provision

Seksyen 25f

(1)

Mana-mana orang yang berniat untuk menjalankan apa-apa aktiviti penyelidikan dan pembangunan berkaitan kitaran bahan api nuklear hendaklah memberi Ketua Pengarah maklumat sebagaimana yang ditetapkan sebelum permulaan aktiviti itu, tidak kira sama ada aktiviti itu melibatkan bahan nuklear atau tidak.

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

(3)

Dalam seksyen ini, “aktiviti penyelidikan dan pembangunan berkaitan kitaran bahan api nuklear” ertinya aktiviti selain aktiviti yang berhubungan dengan penyelidikan teori atau saintifik asas atau penyelidikan dan pembangunan mengenai pemakaian industri radioisotop, pemakaian perubatan, hidrologi dan pertanian, kesan kesihatan dan alam sekeliling dan penyenggaraan diperbaik, yang khususnya berkaitan dengan mana-mana proses atau pembangunan sistem yang berikut:

(a)

penukaran bahan nuklear;

(b)

pengayaan bahan nuklear;

(c)

pemfabrikatan bahan api nuklear;

(d)

reaktor;

(e)

kemudahan genting;

(f)

kemudahan pemprosesan semula; dan

(g)

pemprosesan sisa aras pertengahan atau tinggi yang mengandungi plutonium, uranium diperkaya tinggi atau uranium-233 tetapi tidak termasuk pembungkusan semula atau proses perapian yang tidak melibatkan pemisahan unsur untuk simpanan atau pelupusan.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta A1779

Kuasa Ketua

Pengarah untuk meminta maklumat.

Quoted provision

Seksyen 25g

(1)

Ketua Pengarah boleh meminta maklumat daripada mana-mana orang jika

Ketua Pengarah mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa maklumat itu berkaitan dengan pematuhan

Protokol Tambahan.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Ketua

Pengarah boleh mengeluarkan suatu notis kepada mana-mana orang menghendaki orang itu untuk memberikan maklumat, mengikut apa-apa bentuk dan dalam tempoh atau pada masa sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.

(3)

Mana-mana orang yang, tanpa justifikasi yang munasabah, enggan atau tidak mematuhi notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

(4)

Dalam seksyen ini, “Protokol Tambahan”

ertinya Protokol Tambahan kepada Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan Agensi Tenaga

Atom Antarabangsa bagi Pemakaian Kawal

Guna berkaitan dengan Triti Ketakcambahan

Senjata Nuklear.

Larangan senjata nuklear.

Quoted provision

Seksyen 25h

(1)

Tiada seorang pun boleh—

(a)

membangun, menguji, mengeluarkan, mengilang, selainnya memperoleh, memiliki atau menyimpan stok senjata nuklear atau peranti letupan nuklear lain;

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

(b)

memindah kepada mana-mana penerima senjata nuklear atau peranti letupan nuklear lain atau kawalan ke atas senjata atau peranti letupan itu secara langsung atau tidak langsung;

(c)

menerima pemindahan atau kawalan bagi senjata nuklear atau peranti letupan nuklear lain secara langsung atau tidak langsung;

(d)

mengguna atau mengancam untuk menggunakan senjata nuklear atau peranti letupan nuklear lain;

(e)

menempatkan, memasang atau menyusun kedudukan bagi mengatur kedudukan apa-apa senjata nuklear atau peranti letupan nuklear lain;

(f)

membantu, menggalakkan atau mendorong, dalam apa-apa cara, mana-mana orang untuk melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a) hingga (e); dan

(g)

meminta atau menerima apa-apa bantuan, dalam apa-apa cara, daripada mana-mana orang untuk melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a) hingga (e).

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan, dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun, dan dalam hal pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak kurang daripada tiga puluh juta ringgit.”.

Undang-Undang Malaysia 30

Akta A1779