Skip to content

Seksyen 33

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 28

of Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025

Amendment ActIn forceProvision 36 of 75
Seksyen 33

seksyen yang berikut:

“Larangan mengimport sisa radioaktif.

Quoted provision

Seksyen 28a

(1)

Tiada seorang pun boleh mengimport sisa radioaktif yang dijana di luar Malaysia.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), sisa radioaktif yang berasal dari Malaysia atau sisa radioaktif bahan radioaktif yang dieksport atau yang berasal dari Malaysia boleh diimport ke Malaysia, dengan kelulusan Ketua Pengarah.

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

33

Penubuhan

Kumpulan Wang

Sisa Radioaktif.

Quoted provision

Seksyen 28b

(1)

Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang Sisa Radioaktif”

ditubuhkan dan hendaklah ditadbir dan dikawal oleh Ketua Pengarah.

(2)

Kumpulan Wang Sisa Radioaktif hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang sebagaimana yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan Malaysia;

(b)

segala wang yang dibayar kepada atau diterima daripada ses yang dikenakan atau dikutip mengikut seksyen 28d; dan

(c)

segala derma dan sumbangan yang diterima dari dalam atau luar

Malaysia.

Pemakaian

Kumpulan Wang

Sisa Radioaktif.

Quoted provision

Seksyen 28c

Kumpulan Wang Sisa Radioaktif hendaklah ditadbirkan bagi maksud—

(a)

penyelidikan berhubung dengan pengurusan sisa radioaktif; dan

(b)

langkah-langkah pemuliharaan untuk perlindungan alam sekeliling terhadap apa-apa kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa kejadian yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear atau sisa radioaktif.

Ses penyelidikan.

Quoted provision

Seksyen 28d

(1)

Menteri boleh, selepas berunding dengan Menteri Kewangan, membuat perintah yang disiarkan dalam Warta bagi pengenaan dan kutipan, atau pengubahan atau pembatalan ses yang dikenakan kepada mana-mana orang yang terlibat dalam penjanaan, pengeluaran atau penyimpanan sisa radioaktif.

(2)

Ses yang dikutip di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan

Wang Sisa Radioaktif.”.

Undang-Undang Malaysia 34

Akta A1779

Pindaan seksyen 29