Skip to content

Seksyen 31

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 27

of Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025

Amendment ActIn forceProvision 34 of 75
Seksyen 31

yang dipotong seksyen yang berikut:

“Pelupusan, kitar semula atau guna semula.

Quoted provision

Seksyen 27a

(1)

Tiada seorang pun boleh melupuskan, atau menyebabkan sisa radioaktif dilupuskan, mengitar semula atau mengguna semula apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear atau bahan api terpakai melainkan jika dia adalah pemegang lesen.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia 32

Akta A1779

Pelan penutupan bagi kemudahan pelupusan sisa radioaktif.

Quoted provision

Seksyen 27b

(1)

Pemegang lesen suatu kemudahan pelupusan sisa radioaktif hendaklah menyediakan pelan bagi penutupan kemudahan itu.

(2)

Pemegang lesen hendaklah memperoleh kelulusan Ketua Pengarah bagi pelan yang disebut dalam subseksyen (1) sebelum memulakan operasi kemudahan itu.”.

Pindaan seksyen 28