Skip to content

Seksyen 5

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 1

of Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025

Amendment ActIn forceProvision 5 of 75
Seksyen 5

seksyen yang berikut:

“Akta ini mengikat

Kerajaan

Persekutuan dan Kerajaan

Negeri.

Quoted provision

Seksyen 1a

(1)

Akta ini hendaklah mengikat Kerajaan

Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

(2)

Tiada apa-apa pun jua dalam Akta ini boleh menyebabkan Kerajaan Persekutuan dan

Kerajaan Negeri didakwa bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini.

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

5

Pemakaian luar wilayah.

Quoted provision

Seksyen 1b

Peruntukan seksyen 25h dan Bahagian VIIIa hendaklah terpakai bagi kesalahan yang dilakukan—

(a)

oleh mana-mana warganegara

Malaysia atau pemastautin tetap

Malaysia dalam mana-mana kapal atau dalam mana-mana kapal udara yang didaftarkan di Malaysia;

(b)

oleh mana-mana orang terhadap warganegara Malaysia;

(c)

oleh mana-mana orang terhadap harta kepunyaan, atau yang dikendalikan atau dikawal oleh, secara keseluruhan atau sebahagiannya, Kerajaan

Malaysia atau Kerajaan mana-mana

Negeri di Malaysia, termasuk premis diplomatik atau konsular Malaysia, mana-mana warganegara Malaysia, atau mana-mana perbadanan yang diwujudkan oleh atau di bawah undang-undang Malaysia yang terletak di luar Malaysia; atau

(d)

oleh mana-mana orang yang selepas pelakuan kesalahan itu berada di Malaysia, seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di Malaysia.”.

Pindaan seksyen 2