15. Penggantian seksyen 136
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 136 dengan seksyen yang berikut:
“Pemusnahan, penyembunyian, pencacatan dan pengubahan rekod, dsb.
s 136Mana-mana orang yang—
(a)
memusnahkan, menyembunyikan, mencacatkan atau mengubah; atau
(b)
menghantar atau cuba untuk menghantar, atau berkomplot dengan, mana-mana orang lain untuk mengalihkan dari premisnya atau menghantar ke luar Malaysia, apa-apa buku, rekod, dokumen, benda atau perkara yang disimpan atau disenggarakan dengan niat untuk memfraud
Penolong Pengawal atau untuk mencegah, melengahkan atau menghalang penjalanan suatu penyiasatan atau penjalanan mana-mana kuasa oleh Penolong Pengawal di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan.”.
Perlindungan Pengguna (Pindaan)