18. Pindaan seksyen 139
Feedback & supportSeksyen 139 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan
“Mana-mana orang yang” perkataan “mendedahkan atau”;
Undang-Undang Malaysia 32
dalam subseksyen (2)—
dengan memotong perkataan “pendedahan itu dibuat”;
dalam perenggan (a), dengan memasukkan sebelum perkataan “bagi atau berkaitan dengan” perkataan
“pendedahan itu dibuat”;
dalam perenggan (b), dengan memasukkan sebelum perkataan “bagi maksud” perkataan “pendedahan itu dibuat”;
dalam perenggan (c), dengan memasukkan sebelum perkataan “bagi maksud” perkataan “pendedahan itu dibuat”;
dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:
“(ca) pendedahan itu dibuat dengan persetujuan orang yang daripadanya maklumat atau dokumen itu diperoleh;
pendedahan itu dibuat dalam hal keadaan maklumat yang diberikan itu dirangka dengan cara yang sebegitu rupa sehingga sumber maklumat itu tidak dapat dipastikan;
maklumat itu telah sedia ada dalam domain awam;”;
dalam perenggan (d), dengan memasukkan sebelum perkataan “kepada mana-mana perunding” perkataan
“pendedahan itu dibuat”; dan
dalam perenggan (e), dengan memasukkan sebelum perkataan “bagi atau berkaitan dengan” perkataan
“pendedahan itu dibuat”; dan
Perlindungan Pengguna (Pindaan)
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subsekyen yang berikut:
“(3) Bagi maksud seksyen ini, “maklumat sulit”
ertinya apa-apa maklumat perdagangan, perniagaan atau perindustrian yang dipunyai oleh mana-mana orang, dan yang mempunyai nilai ekonomi dan secara amnya tidak tersedia kepada atau diketahui oleh orang lain.”.