Skip to content

Seksyen 20

Pindaan seksyen 150

of Akta Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2017

Amendment ActIn forceProvision 20 of 21
Seksyen 20

Seksyen 150 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini boleh memperuntukkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar perundangan subsidiari itu menjadi suatu kesalahan dan boleh memperuntukkan penalti denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi enam tahun, atau kedua-duanya.”.