Money Services Business Act 2011 · Updated to 1 Oct 2015 · Bahagian V · Ejen Perniagaan Perkhidmatan Wang
Money Services Business Act 2011 · Updated to 1 Oct 2015 · Bahagian V · Ejen Perniagaan Perkhidmatan Wang
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang pemegang lesen hendaklah memohon secara bertulis bagi mendapatkan kelulusan bertulis daripada Bank di bawah
Perniagaan Perkhidmatan Wang 51
seksyen 42 untuk melantik seorang ejen perniagaan perkhidmatan wang—
mengikut apa-apa bentuk dan cara dan berserta dengan apa-apa dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh
Bank; dan
dengan mengemukakan apa-apa maklumat sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank.
Bank boleh, melalui notis bertulis, menghendaki pemegang lesen itu untuk mengemukakan maklumat atau dokumen tambahan.
Tanpa menjejaskan subseksyen (2), Bank boleh mengambil kira apa-apa maklumat dalam milikannya sama ada diberikan oleh pemegang lesen itu atau tidak.
Bank boleh memberikan kelulusan kepada seorang pemegang lesen untuk melantik ejen perniagaan perkhidmatan wangnya, dengan atau tanpa syarat, atau enggan untuk memberikan suatu kelulusan.
Seseorang pemegang lesen yang tidak mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan.
Bahagian VI
Bahagian VII
Bahagian VIII
Bahagian IX
Bahagian X