Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2015Read it in English
Contents

Bahagian V · Ejen Perniagaan Perkhidmatan Wang

44. Daftar ejen perniagaan perkhidmatan wang

(1)

Bank hendaklah menyenggarakan suatu daftar ejen perniagaan perkhidmatan wang yang diluluskan pelantikannya di bawah subsekyen 43(4) mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh Bank.

(2)

Mana-mana orang boleh, dengan pembayaran suatu fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank, memeriksa daftar ejen perniagaan perkhidmatan wang yang disenggarakan di bawah subseksyen (1) dalam waktu pejabat Bank.

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 731

(3)

Suatu salinan atau suatu cabutan daripada daftar ejen perniagaan perkhidmatan wang yang disenggarakan di bawah subseksyen (1) yang diperakui sebagai salinan benar atau cabutan di bawah tandatangan dan meterai Bank hendaklah, dalam apa-apa prosiding, boleh diterima sebagai keterangan yang mempunyai kesahan setanding dengan dokumen asal itu.

Report

Bahagian VI

Pemeriksaan

Bahagian VII

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Kuasa-Kuasa Lain Bank

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules