Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2015Read it in English
Contents

Bahagian VI · Pemeriksaan

49. Pemeriksaan ke atas orang tertentu

(1)

Dalam menjalankan suatu pemeriksaan ke atas mana-mana pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang di bawah seksyen 48, pemeriksa itu boleh memeriksa—

(a)

seorang yang ialah, atau pernah pada bila-bila masa, seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pekerja pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(b)

seorang yang ialah, atau pernah pada bila-bila masa, seorang pengawal atau pemegang syer pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

Perniagaan Perkhidmatan Wang 57

(c)

seorang yang ialah, atau pernah pada bila-bila masa, mempunyai urus niaga, transaksi atau perkiraan dengan pemegang lesen itu atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu, atau mengetahui tentang hakikat dan hal keadaan kes itu, termasuklah juruaudit pemegang lesen itu, dan orang itu hendaklah memberikan apa-apa dokumen atau maklumat dalam apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dikehendaki oleh pemeriksa itu.

(2)

Seseorang juruaudit yang tertakluk kepada suatu pemeriksaan di bawah seksyen ini tidaklah bertanggungan bagi kemungkiran yang berhubungan dengan, atau kewajipan, kerahsiaan kerana memberikan sesuatu dokumen atau maklumat kepada Bank.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Hak bagi akses dan pengemukaan harta, dsb.

Report

Bahagian VII

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Kuasa-Kuasa Lain Bank

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules