Money Services Business Act 2011 · Updated to 1 Oct 2015 · Bahagian VI · Pemeriksaan
52. Kerahsiaan laporan pemeriksaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika suatu laporan atau mana-mana bahagian daripada laporan itu telah dikeluarkan dalam apa-apa bentuk berkenaan dengan seseorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang oleh Bank selepas suatu pemeriksaan di bawah seksyen 48 atau 49, laporan itu tidak boleh dizahirkan oleh pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu atau oleh mana-mana pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya, pekerjanya atau juruauditnya kepada mana-mana orang lain kecuali dalam hal keadaan yang diperuntukkan di bawah subseksyen (2).
Penzahiran laporan yang disebut dalam subseksyen (1) boleh dibuat—
oleh pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu kepada mana-mana pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya, pekerjanya atau juruauditnya semata-mata berhubung dengan pelaksanaan kewajipan oleh orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;
oleh pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu, bagi mematuhi suatu perintah mahkamah; atau
oleh pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu, kepada mana-mana orang lain dengan kelulusan bertulis daripada Bank terlebih dahulu.
Dalam memberikan sesuatu kelulusan bertulis bagi apa-apa penzahiran di bawah perenggan (2)(c), Bank boleh mengenakan apa apa syarat sebagaimana yang difikirkannya wajar.
Obligasi seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, pekerja atau juruaudit yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah berterusan selepas penamatan atau pemberhentian pelantikannya atau pekerjaannya dengan pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu.
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 731
Mana-mana orang yang mempunyai apa-apa dokumen atau maklumat yang pada pengetahuannya telah dizahirkan dengan melanggar subseksyen (1) tidak boleh menzahirkan dokumen atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (4) atau
atau tidak mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan.
Bahagian VII
Penyiasatan dan Penguatkuasaan
Bahagian VIII
Kuasa-Kuasa Lain Bank
Bahagian IX
Pelbagai
Bahagian X